Wednesday, September 19, 2018

resipi kueh keria gula melaka

Assalamualaikum dan hai semua,



Hari ini kak ratu nak bercerita sedikit tentang perkembangan bisnes ratu keria dan sedikit video mengenai resipi keria gula melaka. ini kak ratu share dulu video yang kak ratu buat khas untuk anda semua.



cara-cara buat kuih keria gula melaka







bahan-bahan:

1) ubi keledek - tak kira sama ada keledek putih, kuning,oren atau purple

2) tepung

3) garam

4) gula melaka



cara-caranya boleh refer pada video

1) kupas kulit ubi keledek

2) basuh ubi keledek sehingga bersih

3) boleh pilih sama ada nak kukus atau rebus keledek

4) sejukkan keledek

5) campurkan keledek, tepung dan garam ke dalam adunan

6) adun kesemua bahan-bahan sehingga hancur

7) bulatkan tepung

8) bentukkan kuih keria anda

9) goreng dalam minyak yang panas

10) sira kuih keria yang siap digoreng dengan gula melaka

11) taraaaaaa. siap untuk dimakan



mudah bukan...

sekiranya anda malas nak pikir step yang panjang di atas

anda boleh daptkan kuih keria frozen kami dimana anda hanya perlu goreng dan gula sahaja.



mudah bukan....

semudah abc



------------------------------------------------------------------------------------



sambung semula tentang bisnes tadi..

permulaan bisnes dulu kak ratu selalu dapat order 10 biji sahaja. tapi kak ratu dan team dayakan juga hantar kepada pelanggan bagi memastikan mereka dapat rasa dan kenal produk kami. dari bulan ke bulan Ratu Keria semakin dikenali ramai dan dari 10 biji menjadi ratusan biji dan sekarang kami mampu menghasilkan 5000 pcs sehari bagi memenuhi kehendak pelanggan.



pesanan dari team ratu keria

memulakan sesuatu biar buat sehingga berjaya, jangan buat separuh jalan.

yang penting jangan mudah mengalah dan putus asa dengan dugaan yang melanda kena selalu percaya pada diri sendiri dan bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan.


No comments:

Post a Comment