Thursday, September 13, 2018

APA YANG KAMI ADA??????

Assalamualaikum dan hai semua.

APA YANG KAMI ADA????

OK!!!harini kaka ratu nak bercerita mengenai apa yang RATU KERIA ada?

untuk makluman semua di bawah RATU KERIA ada 3 produk

1) FRESH KERIA
2) FROZEN KERIA
3) TEPUNG PREMIX

ok let me explain to you guys one by one..

produk yang pertama

FRESH KERIA
dibuat fresh setiap hari dari kilang dan dipasarkan sekitar SHAH ALAM,KL,KLANG DAN LEMBAH KLANG. anggaran pembuatan setiap hari adalah pada 3000 -5000 biji sehari. FRESH KERIA juga dihantar untuk delivery menggunakan runner. Kami di RATU KERIA menggunakan khidmat apps GOGET MALAYSIA dan BUNGKUSIT untuk mencari runner yang akan menjalankan tugas penghantaran kuih keria.

cara untuk order mudah saja,
sila tekan link dibawah
http://ratukeriahq.wasap.my/
sertakan nama, no telefon, alamat, masa penghantaran jumlah kuih.

kami memohon jasa baik anda semua untuk membuat order sehari awal bagi memudahkan pengurusan penyusunan penghantaran kuih keria.

FROZEN KERIA


frozen keria ini dibuat setiap hari bagi memenuhi permintaan sekitar MALAYSIA, BRUNEI & SINGAPURA. frozen keria ini wajib di simpan di dalam freezer. ia boleh bertahan diluar hanya selama 24-36 jam sahaja. Sesuai dengan waktu pengeposan yang hanya mengambil masa selama
24-36 jam untuk sampai kepada customer.

FROZEN KERIA datang sekali bersama gula melaka untuk disira. dalam satu pack ada 10 pcs kueh keria. anda hanya perlu goreng sepenuhnya dan sira gula. saya akan sertakan video untuk tatapan dan rujukan anda semua.

https://www.facebook.com/297529107423647/videos/325877044588853/

mudah saja bukan.. semudah a,b,c nak tambat hati suami, mak mertua dan orang tersayang.

TEPUNG PREMIX



bagi mereka yang mahu mencuba tepung premix ini dengan keledek jenis lain seperti keledek putih, keledek ungu, keledek oren kami sangat menggalakan. Kesemua keledek ini boleh menggunakan tepung premix yang kami sediakan ini. sangat mudah.

anda hanya perlu campurkan adunan tepung ke dalam adunan keledek yang telah dilenyek. terus membentuk kuih keria mengikut saiz dan bentuk pilihan anda.. ada orang suka keria boolaaatt... terpulang.. rasanya tetap sama dengan adanya tepung premix ini... tepung ini sesuai untuk 20-30 biji kuih keria bengantung pada saiz dan bentuk yang anda inginkan.

itu sahaja bebelan kak ratu pada hari ini.. untuk anda yang inginkan produk2 dari RATU KERIA anda boleh follow kami di

Facebook - https://www.facebook.com/ratukeria/
Instagram - https://www.instagram.com/ratukeria/
Whatsapp - http://ratukeriahq.wasap.my/

pesanan hari ini:
hidup ini biar umpama padi, makin berisi makin tunduk.
mungkin hari ini kita kaya raya, esok lusa belum tahu lagi.. so stay humble and always positive.
jangan pandang rendah pada orang bawah kita. sebab mereka tak kan selamanya dibawah kita dan kita tak selamanya di atas...

RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA YA..

#lotsoflove #ratukeria #keriafrozen

No comments:

Post a Comment