ini adalah entri pertama Ratu Keria,
untuk permulaan kami ceritakan asal-usul Ratu Keria dan bagaimana tercetusnya idea untuk memulakan peniagaan ini.
KERIA, KUIH KERIA, KERIA GULA MELAKA, KERIA VIRAL
idea!!!!
Pada awalnya perniagaan ini di beri nama Keria Tuan Ihsan, mula mengorak langkah pada
MAC 2017. di beri nafas dan nama baru pada DISEMBER 2017 dengan nama
RATU KERIA.
Pada permulaannya, resepi dan caranya dipelajari dari Youtube dan diubahsuai mengikut keinginan pelanggan dan kepuasan hati kami.hehehe.. mestilah kepuasan hati kami juga dititik beratkan, mana tidaknya sebelum dapat resepi yang terkini telah berpuluh kali kami RND sendiri resipi kami dan pelbagai feedback yang kami dapat dari customer. Yang terkini adalah yang terbaik pernah kami hasilkan dan Alhamdulillah mendapat sambutan menggalakan dari pelanggan.
kenapa kuih keria gula melaka bukan kuih talam ke kuih karipap ke..
pada tahun tersebut keria gula melaka merupakan makanan viral dan menjadi carian kebanyakan manusia yang berada di Malaysia. hehehe.. sebab lain adalah kueh keria gula melaka ini adalah makanan tradisional turun temurun. apalah salahnya jika kami martabatkan kuih keria ini dan menjadikan ia dikenali anak-anak muda kini.
permulaan perniagaan
pada mulanya kami tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan. Ramai yang mengatakan bahawa perniagaan yang dimulakan ini tidak akan bertahan lama kerana terlalu banyak persaingan. antara kata-kata yang sering kedengaran pada awal pemulaan perniagaan,
"kueh ni dah banyak orang jual la, kalau jual ni mesti tak laku!"
"eleh, takat kueh keria, sekarang tengah virel boleh la... nanti dah tak viral tak ada sapa pon beli"
"keria?? ada orang nak beli ke? budak-budak sekarang bukan tahu makan pon kuih tuh"
semua kata-kata tersebut hanya dibalas dengan senyuman. dalam hati
"korang tunggu, aku buktikan kata-kata korang tuh salah..."
lepas hampir dua tahun berniaga. mereka yang duk memberikan kata-kata di atas adalah antara pelanggan tetap kami dan sangat terkejut dengan kegigihan kami mempertahankan dan berjaya dalam perniagaan ini.....
dalam hati kecil kami,
"hey guys, I've proved you wrong.....but big thanks to you guys sebab buat kami terus mencabar diri dengan kata-kata tersebut"
pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh #teamratukeria
Semua orang boleh memulakan perniagaan, boleh dimulakan pada bila-bila masa, tak kesah dengan modal kecil atau besar...tapi untuk pertahankan perniagaan tersebut memerlukan kekentalan mental dan fizikal.
SENTIASA KEKAL POSITIF, PERCAYA PADA DIRI SENDIRI DAN BERDOA
INSYALLAH apa yang anda impikan akan anda kecapi...
#KEEPGOING #alwayspositive #positivevibes
Untuk next entri kami nak share langakh-langkah pembuatan kuih keria (RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA)
jangan lupa untuk tempahan sila klik link di bawah ya
http://ratukeriahq.wasap.my/


No comments:
Post a Comment